Friday, March 4, 2011

Duhai Bakal Suamiku..


Duhai bakal suamiku,

belum tiba masanya aku menjadi pendampingmu,

namun,tidaklah aku merasa kecewa,

kerana aku tahu,dirimu kini sedang mempersiapkan diri,

dengan SAHSIAH kepimpinan,

dengan amalan-amalan soleh,

agar nanti engkau mampu memimpinku,

ke jalan yang benar..


Duhai bakal suamiku,

aku kan tetap setia menunggu kedatanganmu,

meskipun aku perlu menunggu lama,

kerana ku tahu,

Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik,

untukku dan untukmu,

dan moga aku lah yang terbaik,

yang dipilih dan dijanjikan oleh Allah untukmu,

yang akan bersamamu,

sentiasa disampingmu,

di dunia dan akhirat, insyaAllah..


Duhai bakal suamiku,

ketahuilah dan fahamilah,

sematkanlah kata-kata ini dihatimu,

hatiku terpaut padamu,

kerana kepimpinanmu yang diasas pada keimanan,

kerana amalanmu yang diasas pada ketakwaan,

hatiku terpaut padamu,

kerana agama yang ada padamu,

jika tiada agama yang menjadi pegangan hidupmu,

tiadalah hatiku padamu..


Duhai bakal suamiku,

sesungguhnya Hawa itu dicipta dari tulang rusuk Adam,

bukan dari kaki untuk dialasi,

bukan jua dari kepala untuk dijunjung,

tapi dekat di bahu untuk dilindungi,

dekat jua dihati untuk disayangi..

Maka jangan persiakan diriku,

kerana aku lah amanah Allah kepadamu..


Duhai bakal suamiku,

engkaulah pemilik cintaku,

selepas Allah dan Rasulullah..


0 comments:

Post a Comment