Friday, March 4, 2011

Duhai Bakal Isteriku..


Duhai bakal isteriku,

belum ditetapkan masanya,

untukmu menjadi milikku,

kerana aku sedang mempersiapkan diri,

sebelum menerimamu dalam hidupku..

Persiapkanlah jua dirimu selengkapnya,

untuk menghadapi saat itu,

kerana aku tidak mampu memikulnya,

tanpa bantuanmu disisiku..


Duhai bakal isteriku,

bersabarlah dan setialah menungguku,

InsyaAllah, kesetiaanmu akan dibalas ganjaran oleh Allah,

aku sedar akan tanggungjawabku nanti,

oleh itu, panjatkanlah doa untukku,

agar aku bisa melepasi segala ujian dariNya,

sebelum aku layak menjadi PEMIMPINmu..

Kerana telahku berjanji padaNya,

aku akan berusaha memimpinmu ke jalan yang benar,

dan pada walimu nanti,

aku berjanji akan memikul tanggungjawab,

yang akan diserahkan padaku,

bila tiba saat itu,

aku kan menjagamu sepertimana dia menjagamu,

tidakku mahu mengecewakan walimu dan ibumu,

berdoalah pada Allah,

agar dipermudahkan segala urusanku..


Duhai bakal isteriku,

sematkan kata-kata ini dikalbumu,

aku mencintaimu bukan kerana kecantikanmu,

bukan jua kerana jelinganmu yang menggoda,

aku mencintaimu kerana solehahnya dirimu,

kerana ketenangan wajahmu,

kerana engkau memelihara dirimu sebaiknya..


Duhai bakal isteriku,

ketahuilah,jika tidak ditakdirkan kita bersatu di dunia,

InsyaAllah pasti bersatu di Syurga..



0 comments:

Post a Comment