Tuesday, September 7, 2010

Pesanan Rasulullah SAW untuk Wanita..

" Wanita, apabila ia bersembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatan serta taat akan suaminya, maka masuklah dari mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki" [Riwayat Ahmad, Ibnu Hibba, Thabrani, Anas bin Malik]


" Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar, mendongak syaitan memandang akan dia" [Riwayat Tarmizi]


" Dikahwini wanita kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, dan kerana agamanya. Maka carilah yang kuat agamanya nescaya kamu bertuah" [Riwayat Bukhari]


"Dunia adalah sebaik-baik perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita(isteri) solehah" [Riwayat Muslim]


" Apabila lari wanita dari rumah suaminya, tidak diterima sembahyangnya sehingga kembali ia dan menghulurkan tangannya kepada suaminya(meminta maaf)" [Riwayat Hassan]


"Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami atau muhrimnya) adalah seumpama gelap gelita pada hari kiamat, tiada nur baginya" [Riwayat Tarmizi]


"Mana-mana wanita yang memakai bau-bauan, kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina" [Riwayat Ahmad Tabrani dan Hakim]


"Syurga itu terletak di bawah tapak kaki ibu"[Riwayat Imam Ahmad]


"Wanita yang meminta suaminya menceraikannya dengan tiada sebab yang dibenarkan oleh syarak,haramlah baginya bau syurga"[Riwayat Abu Daud,Tarmizi]


"Wanita yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya redha kepadanya,nescaya masuklah ia ke dalam syurga"[Riwayat Tarmizi]


Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakan,susuk yang ditampilkan,atau bagaimana ia menyisir rambutnya,Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya..kerana itulah pintu hatinya tempat di mana cinta itu ada...


"Wanita yang toyyibat itu untuk lelaki yang toyyibun"[Surah An-Nur]


Wanita yang solehah,tergambar sifat muslimah,menjadi acuan Siti Khadijah,agung cintanya kepada Allah dan Rasulullah,menjadi seperti Siti Aishah,penawar hati kekasih Allah,menjadi acuan Siti Fatimah,yang akur dalam setiap perintah,yang teguh seperti Sumayyah yang syahid fi sabilillah..

0 comments:

Post a Comment