Friday, September 3, 2010

"Iman, kamu cuti hari ini?"

Iman      -Assalamualaikum
Diri         -Waalaikumsalam. Oh, Encik Iman! Saya rasa dah dua tiga minggu kamu tak dating ke pejabat. Kamu cuti ke?
Iman      -Apa pula saya cuti bos. Saya kan diberikan cuti.
Diri         -Oh ya, lupa pula saya. Itulah, saya ingatkan segala urusan akan lebih terurus dengan keuntungan syarikat akan bertambah lepas ambil Encik Nafsu bekerja. Tapi jadi kelam-kabut pula.vlepas terdengar ustaz kat tv berceramah hari tu, saya teringatkan kamu.
Iman      -Jadi, saya boleh kembali bekerjalah bos? Saya boleh ambil balik jawatan saya dari Encik Nafsu?
Diri         -Eh, tak boleh. Saya sayang nak pecat Encik Nafsu. Walaupun saya terpaksa bayar gaji yang tinggi, tapi dia berjaya menghiburkan saya.
Iman      -Kalau macam tu, lebih baik saya berundur.
Diri         -Eh, jangan! Tolonglah saya. Saya tak boleh kehilangan kamu berdua.
Iman      -Tapi bos, kami tak mungkin bersama dalam satu syarikat. Perbezaan antara kami sangat besar. Encik Nafsu tu saya lihat, anti sangat dengan saya.
Diri         -Saya rasa serba salah pula.
Iman      -Bos boleh pilih satu je. Bos perlu mujahadah untuk pecat Encik Nafsu, bos.
Diri         -Saya tahu. Jauh dalam hati saya, saya memang perlukan kamu, Encik Iman. Iri hati saya tengok syarikat ustaz kat sebelah. Mereka maju sebab ada orang macam kamu. Baiklah, saya kena pecat juga Encik Nafsu, tak kiralah apa yang berlaku. Encik Iman, saya mahu kamu tubuhkan balik jabatan solat, puasa, zikir, membaca Al-Quran dan apa-apa yang patut.
Iman      -Alhamdulillah, nampaknya bos dah buat keputusan yang bijak. Kalau bos teruskan prestasi yang cemerlang ini, saya yakin bos akan dinaikkan pangkat oleh CEO(ALLAH SWT) sebagai muttaqin.

Kitalah bos kepada diri sendiri. Kita yang menguruskan semua tentang diri, makan minum, pakaian, pelajaran, dan pekerjaan. Tetapi yang lebih penting ialah bagaimana kita menguruskan iman kita. Buatlah keputusan terbaik dan pilihlah agenda dan aktiviti yang boleh menyuburkan iman. Jangan ditendang keluar amalan soleh dan jangan melambai-lambai palit dosa masuk ke dalam diri.

0 comments:

Post a Comment