Thursday, August 26, 2010

Jalan Jauh Ke Kampus



Aku..
Tidak terlintas untuk memilih jalan ini,
Adakah aku sudah dipilih olehNya?
Dalam kalangan hamba-hamba,
Yang masih mencari kenikmatan hidup ini,
Dengan harapan, sinaran mentari muncul kembali..

Aku..
Tidak pasti adakah ini jalan yang perlu kulalui?
Jalan yang bakal menjadi penentu hidupku nanti,
Sedangkan insan lain leka dibuai mimpi,
Namun aku pernah berjanji..
Tidak berundur walau sekali..

Pengorbanan..
Tanpanya kita tidak tahu apa yang pernah dimiliki,
Sayangnya..hanya aku yang merasai,
Betapa indahnya pengorbanan ini..

Pengorbanan..
Perlukah aku hebahkan betapa hebatnya hidup ini?
Ataupun betapa daifnya manusia kini,
Hanya menganggap ilmu ini tidak bererti,
Akanku buktikan kebenaran yang tersembunyi,
Sayangnya, hanya aku yang merasai,
Betapa indahnya pengorbanan ini..

Aku..
Fikirku sentiasa berpesan kepada hatiku,
Tidak mahu digelar munafif,
Menipu diri sendiri,
Kerana impian menggunung tinggi,
Sanggup ku redah,
Walau sejuta halangan terpaksa ditempuh,
Kerana inilah lumrah duniawi..

Aku..
Kan tetap meneruskan perjuangan ini,
Walau badai dating menguji,
Dengan harapan nan suci,
Membina kehidupan bererti,
Menuntut redha Ilahi.. 

Al-Albayt University, disini langkahku bermula, insya Allah..

0 comments:

Post a Comment