Tuesday, August 24, 2010

Antara Lobak, Telur dan Kopi..


Maya hampir putus asa dengan masalah demi masalah yang menimpa hidupnya. Satu masalah berlalu, masalah lain pula dating bertalu-talu. Perasaan marah, sedih, malu, takut, benci, meluat, geram.. sebut apa juga perasaan yang menghimpit sanubari, semuanya pernah dirasakan. Sehingga Maya berasakan dirinya dan derita ada satu. Maya ke rumah ibunya. Kepada ibunya semua masalah diluahkan dan ibu mendengar dengan tenang tanpa banyak bicara.
 Selepas mendengar penuh empati, ibu mengajak Maya ke dapur. Ibu mendidihkan tiga periuk air kosong. Setelah air mendidih, ibu memasukkan lobak merah, telur dan serbuk kopi asli ke dalam periuk berasingan. Semua dibiarkan mendidih beberapa lama. Selepas itu, ibu mngeluarkan lobak merah dan telur dari peruk serta meletakkan kedua-duanya di dalam mangkuk. Periuk yang diisi kopi dituang dalam mangkuk juga. Kemuadian si ibu menoleh kepada Maya sambil berkata,”Apa yang Maya nampak?”
“Lobak merah, telur dan kopi.”
“Dekat lagi. Cuba pegang lobak ini. Bagaimana keadaannya?”
Maya menurut saja, lalu menjawab,”Lembik.”
“Ambil telur itu dan pecahkan. Tengok bagaimana keadaannya di dalamnya,”pinta si ibu.
Maya tidak membantah. Dia melakukan seperti apa yang diminta oleh ibunya.
“Sekarang cuba hidu dan rasa kopi ini.”Satu lagi permintaan si ibu dan Maya juga menurut.
“Wanginya! Aroma dan rasa kopi..Tapi apa makna semua ini, ibu? Apa kena mengena semua ini dengan Maya?”Maya inginkan penjelasan.
“Semua ini..lobak merah, telur dan kopi telah dididihkan dengan cara dan jangka masa yang sama, kan?”
“Ya…betul! Jadi?”
“Lobak merah mulanya keras. Tetapi setelah dimasukkan ke dalam air mendidih ia menjadi lembik. Telur pula, sebelum dimasukkan ke dalam air mendidh, kulitnya rapuh melindungi isinya lembut. Tapi selepas itu isi telur menjadi beku dank eras berbanding sebelumnya.”
Ibu Maya mula menjelaskan. Kini giliran ibu pula bercakap dan Maya mendengar dengan penuh perhatian.
“Serbuk kopi ini lain. Tak sama lobak dan telur. Sebelum dikisar menjadi serbuk, ia sanagt keras. Setelah menjadi serbuk, ia dengan mudah larut dalam air panas mendidih. Sifat pepejal luarannya hilang. Ia larut seolah-olah mengalah kepada iar panas, namun ia Berjaya mengubah warna, rasa dan bau air panas mendidih. Air yang jernih telah menjadi kopi. Jatidiri kopi tidak berubah walaupun larut dalam air panas, bahkan dia mengubah air kosong panas menjadi air kopi!”
Maya merenung jauh ke dalam diri apabila ibu memegang kedua bahunya. Dengan penuh kasih sayang dari lubuk hati, si ibu bertanya.”Mana satu hatimu, anakku..lobak, telur atau kopi?”
Andai soalan terakhir ini dituju pada kita, apa jawapannya yang kita ada? Adakah kita seperti lobak merah yang keras dengan warna yang gemilang, menjadi lemah dan lembik luar dan dalam apabila dilanda ujian serta cabaran kehidupan..meratap sepanjang hidup atas ‘malangnya’ nasib yang menimpa diri? Tercari-cari siapa yang patut dipersalahkan atas ‘panasnya’ penderitaan yang melanda?
Atau seperti telur yang bermula dengan memiliki hati yang lembut, menjadi keras hati apabila menghadapi ujian serta cabaran kehidupan? Luarannya seperti tidak berubah, tetapi dalamannya menjadi keras. Tercari-cari kepada siapa dendam hendak dibalas atas ‘panasnya’ penderitaan yang melanda? Mengukur-ukur berapa tebal tembok yang perlu dibina antara ‘penjahat-penjahat’ yang membuat hidup susah?
Atau seperti biji kopi yang tidak pernah hilang jatidiri walaupun telah dikisar dan dimasukkan pula ke dalam air mendidih sehingga hilang sifat luarannya. Cabaran dan ujian yang dihadapi tidak mwngubah jatidiri. Kepasrahan menerima apa jua yang mendatang tidak membunuh prinsip dan nilai kebenaran serta tidak menjauhkan dari matlamat kehidupan sebagai khalifah dan hamba Allah di muka bumi. Lebih banyak cabaran dan rintangan, potensi diri terus berkembang sehingga mampu pula member inspirasi kepada orang lain. Dari pengalaman menghadapi ‘kepanasan’ mampu pula membimbing orang lain.  
                               


0 comments:

Post a Comment